Laman Utama
Jawatan Kosong
Syarat & Cara Memohon
Fungsi-Fungsi Sistem
 
 [ Syarat & Cara Memohon ]
 
 
Syarat Dan Cara Memohon Jawatan Kosong Dalam Sistem e-Perjawatan
 
 
 1. Syarat Memohon:
 
  1.1 Semua permohonan hanya boleh dikemukakan SECARA TALIAN (ONLINE) melalui laman web http://www.mppp.gov.my.
 
 
  1.2 Pemohon yang terdiri daripada pegawai sedang berkhidmat perlu membuat permohonan secara ‘online’ dengan syarat sekiranya berjaya dipanggil temuduga hendaklah membawa perakuan bertulis daripada Ketua Jabatan yang menyatakan samada menyokong / tidak menyokong permohonan pegawai. Pegawai juga dikehendaki membawa kenyataan perkhidmatan yang kemas kini, laporan pengisytiharan harta, laporan penilaian prestasi yang terkini dan kenyataan bebas dari sebarang tindakan tatatertib. Ketua Jabatan dikehendaki mengesahkan maklumat pegawai dengan menggunakan format seperti Lampiran A.
 
 
  1.3 Permohonan dari bekas tentera mestilah disertakan dengan bukti rekod perkhidmatan dari Kementerian Pertahanan Malaysia apabila calon yang berjaya dipanggil temuduga.
 
 
  1.4 Pemohon yang memohon jawatan-jawatan diperingkat Ijazah/Diploma/Sijil dari Institusi Pengajian Tinggi diwajibkan memuat naik salinan Ijazah/Diploma/Sijil yang berkenaan sepertimana yang dinyatakan dalam syarat kelayakan. Jika tidak, permohonan tidak akan dipertimbangkan. Dokumen-dokumen lain bolehlah dikemukakan sewaktu temuduga kelak.
 
 
  1.5 Permohonan yang berikut AKAN DITOLAK
 
    (I) Permohonan tidak dibuat secara ‘online’;
    (II) Tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan dalam iklan;
    (III) Permohonan tidak lengkap.
 
 
 2. Tarikh Tutup Permohonan:
 
  2.1 Sila semak tarikh tutup jawatan kosong terbuka melalui laman web http://www.mppp.gov.my atau melalui iklan jawatan kosong yang diiklankan dalam akhbar-akhbar tempatan.
 
 
 3. Cara Memohon:
 
  3.1 Sekiranya anda pemohon yang mendaftar buat pertama kali;
 
    (i) Klik ke butang 'Pemohon Baru'
 
    (ii) Isi kata laluan yang akan digunakan untuk log masuk ke dalam sistem e-Perjawatan. (Sila pastikan kata laluan yang dipilih adalah selamat dan senang diingat oleh pemohon sendiri tetapi tidak mudah dijangka oleh orang lain)
 
    (iii) Lengkapkan semua maklumat dalam borang pendaftaran termasuk alamat e-mel
 
    (iv) Klik butang 'Hantar'
 
      Pemohon akan menerima notis pemberitahuan dalam skrin komputer memaklumkan ID Pengguna untuk pemohon dan pengesahan pendaftaran. Sila simpan dengan cermat ID Pengguna yang telah diberikan.
 
    (v) Klik butang 'sini' untuk akses ke maklumat peribadi pemohon dan lengkapkan semua maklumat yang lain seperti berikut:-

  • Maklumat Peribadi
  • Maklumat Persekolahan/Pengajian Tinggi
  • Keterangan-Keterangan Lain
  • Butir – Butir Keluarga
  • Maklumat Pegawai Sedang Berkhidmat
    (Diisi oleh pegawai yang sedang berkhidmat dengan kerajaan sahaja)
  • Muat Naik Salinan Dokumen
    (Maksimum 5 salinan dokumen dibenarkan, dalam format PDF (.pdf), JPEG (.jpg atau .jpeg) atau GIF (.gif) dan tidak boleh melebihi saiz 500K bait
  •  
        (vi) Klik butang 'Permohonan' dan kemudian klik ke 'Permohonan online' untuk memohon jawatan kosong yang diiklankan. Pilih nombor iklan dari senarai dan klik butang 'Hantar'. Anda boleh memohon lebih daripada satu (1) jawatan kosong.
     
        (vii) Sekiranya pemohon ingin menyemak status permohonan, klik butang 'Permohonan' dan kemudian klik ke 'Status Permohonan'.
     
          Sekiranya status permohonan masih 'Baru', bermakna jawatan tersebut masih belum diproses ATAU jabatan yang mengiklan memproses jawatan kosong secara manual (pemohon boleh menghubungi MPPP untuk mengetahui status sebenar)
     
          Sekiranya status permohonan bertukar 'Ditapis', bermakna permohonan disenarai pendek dan mungkin akan dipanggil untuk temuduga. Sila klik ke butang 'Temuduga' kemudian pilih 'Semak Jadual Temuduga' untuk pengesahan panggilan temuduga. Status 'Ditapis' tidak semestinya dipanggil temuduga.
     
          Sekiranya status permohonan bertukar 'Sudah Diproses/Tidak Ditemuduga', bermakna permohonan tidak menepati kriteria senarai tapis pihak berkuasa melantik dan tidak disenarai pendek/tidak terpilih untuk ditemuduga.
     
        (viii) Klik butang 'KELUAR' setelah selesai mendaftar dan memohon.
     
     
      3.2 Sekiranya anda pemohon yang telah mendaftar dan hanya ingin memohon jawatan kosong yang sedang diiklankan;
     
        (i) Masukkan ID Pengguna yang telah diterima semasa pendaftaran dan Kata Laluan yang dipilih oleh pemohon sebelum ini.
     
        (ii) Ulang langkah 3.1 (vi) dan (vii)
     
        (iii) Klik butang 'KELUAR' setelah selesai memohon.
     
     
      3.3 Sekiranya anda pemohon yang telah mendaftar dan hanya ingin mengemaskini maklumat baru dalam sistem e-Perjawatan;
     
        (i) Masukkan ID Pengguna yang telah diterima semasa pendaftaran dan Kata Laluan yang dipilih oleh pemohon sebelum ini.
     
        (ii) Kemaskini maklumat yang ingin ditukar dan klik butang 'Hantar' setiap kali selepas mengemaskini.
     
        (iii) Klik butang 'KELUAR' setelah selesai mengemaskini.
     
     
     Nota:
     
       
  • Sila simpan dengan cermat dan teliti ID Pengguna yang telah diberi oleh sistem dan Kata Laluan yang telah dipilih oleh pemohon sendiri semasa pendaftaran untuk digunakan log masuk ke sistem pada masa akan datang. Kegagalan berbuat demikian akan menyulitkan pemohon log masuk semula ke dalam sistem.
     
       
  • Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.
     
       
  • Pemohon-pemohon diingatkan agar sentiasa menyemak status permohonan masing-masing untuk mengetahui keputusan untuk panggilan temuduga.
     
     Peringatan:
     
        Pemohon yang mengemukakan maklumat palsu atau mengelirukan akan disenaraihitamkan dan boleh diambil tindakan undang-undang di bawah Seksyen 5 Akta Suruhanjaya-suruhanjaya Perkhidmatan 1957 (Semakan 1989).